Friday 18 November 2011

✿✿✿ܓ Mutiara KATA :: LIDAH memujuk H A T I~ ✿✿✿ܓ

✿~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..


✿~Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

✿~Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu.. Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan ! Jadikan tauladan.. Segala yang kau pandang dan dengar, simpan ! Buat pedoman..

✿~Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera..

✿~Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal.. Tetapi ianya kan membangkitkan cita-cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya..

✿~Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati..

✿~Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh.. Kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan..

✿~Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan..

✿~Seandainya hidup ini punca perpisahan.. Biaralah kematian menyambungnya semula.. Tapi, seandainya kematian punca perpisahan.. Biarlah hidup memberi erti yang nyata..

✿~Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan.. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan.. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUHAN..

✿~Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya.. Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.. Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya..

✿~Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun.. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran..

No comments:

Post a Comment

Flashy Stars